awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
Banjir: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis belum beroperasi
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara

Bernama
Bernama
20/01/2026
20:00 MYT
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
Polis berkata orang ramai boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Muhamad Ramli menerusi talian 012-9392198 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara melalui talian 03-32912222.
SHAH ALAM: Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung satu kejadian bunuh dipercayai membabitkan seorang individu di sekitar kawasan Klang Utara diminta tampil untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata orang ramai boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Muhamad Ramli menerusi talian 012-9392198 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara melalui talian 03-32912222.
Terdahulu, beliau berkata polis Kontinjen Selangor mengesahkan Pusat Kawalan IPD Klang Utara ada menerima maklumat daripada orang awam pada 7.26 pagi tadi, yang memaklumkan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kawasan Klang Utara.
"Siasatan awal mendapati mangsa ialah lelaki tempatan berusia 31 tahun dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau, melibatkan dua kes bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan satu kes mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
Beliau berkata kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Klang Utara
#tampil bantu siasatan
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan