SEREMBAN: Seorang suri rumah yang juga bekas calon Bebas Pilhan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah banglo di Rasah Kemayan, Seremban 2, Ahad lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lau Seck Yan, 55, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.
Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, ibu empat anak berkenaan didakwa menyebabkan kematian suaminya, Poh Seng Hiap, 55 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township, Seremban antara jam 3.30 petang hingga 4.30 petang pada 23 Januari lalu.
BACA: Suri rumah disyaki bunuh suami direman seminggu
Pada prosiding berkenaan, tertuduh berulang kali memaklumkan tidak sepatutnya dituduh atas kesalahan membunuh kerana tidak melakukan tindakan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Ng Kian Nam.
Norzaliza pada penghakimannya turut menetapkan 25 Februari ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Terdahulu, tertuduh ketika tiba di perkarangan mahkamah berada dalam keadaan beremosi dengan menjerit ke khalayak ramai mendakwa dirinya hanyalah mangsa keadaan.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, mangsa yang juga bekas akauntan sebuah syarikat swasta ditemui maut selepas dipercayai ditikam oleh isterinya di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam.
Kejadian itu turut disaksikan oleh anak ketiga dan keempat mereka yang berada di lokasi kejadian.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jan 28 2022

Terdahulu, perkarangan mahkamah kecoh dengan jeritan tertuduh ke arah wartawan ketika dia diiringi anggota polis pada 9.30 pagi. - Foto Bernama

Diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.

DUN Sarawak | Tangani kenaikan harga makanan secara menyeluruh
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama terhadap harga makanan susulan inflasi makanan. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai situasi itu berusaha mengatasinya.

SHMKM | Penternak ayam, telur berdepan kerugian
Penternak ayam dan telur Sarawak berdepan dengan dilema atas kerugian yang dialami mereka disebabkan oleh kawalan harga melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diperkenalkan sejak Disember tahun lepas. Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Sarawak Tsai Kian Shin, sejak pengumuman skim tersebut ia telah mengganggu operasi biasa para penternak dan menyebabkan kerugian yang serius kepada pertenak ayam dan telur.

30.1 peratus kanak-kanak Labuan lengkap divaksin
Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah kehadiran kanak-kanak di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditemani ibu bapa masing-masing.

Isu Minyak Masak | Jangan takut lapor aduan penyelewengan kepada KPDNHEP
Pengguna di abah terutama di pantai timur, diminta menyalurkan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika berlaku penyelewengan dalam penjualan minyak masak. Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata biarpun pihak penguatkuasaan KPDNHEP menjalankan siasatan secara berterusan, maklumat daripada masyarakat juga berguna dalam membanteras penyelewengan itu.

Mahkamah | Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul warga emas
Seorang juruteknik sebuah syarikat automotif yang tular memukul lelaki warga emas, Ahad lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

HFMD | 17 taska, pusat jagaan ditutup di Kelantan
17 taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarahkan menutup operasi hari ini, susulan peningkatan kes penyakit tangan kaki dan mulut HFMD di Kelantan. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes HFMD di negeri itu kini mencecah 3,726 kes setakat semalam.

Letak Jawatan | Keputusan Zuraida Kamaruddin tidak jejas Perikatan Nasional
Pas yakin peletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menjejaskan Perikatan Nasional. Presidennya,Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja bebas membuat keputusan untuk menyertainya. katanya, pemimpin boleh datang dan pergi.

Pemalsuan Dokumen | Peguam akan buat rayuan
Datuk Peter Anthony ketika ditemui selepas selesai prosiding memberitahu, peguamnya akan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen itu. Terdahulu, Hakim Azura Alwi membenarkan penangguhan bagi hukuman penjara sementara rayuan, namun tertuduh perlu menjelaskan denda RM50 ribu hari ini.

Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Hantaran tular bantuan suri rumah JKM, palsu
Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Suri rumah disyaki bunuh suami direman seminggu
Siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Polis buru lelaki cabul suri rumah di tempat letak kereta
Ketika kejadian mangsa berusia 31 tahun bersama anaknya berusia dua tahun dalam perjalanan ke tempat letak kereta.

Polis tahan empat sekeluarga disyaki ugut, lakukan perbuatan khianat
Polis menahan empat sekeluarga selepas disyaki mengugut serta melakukan perbuatan khianat terhadap seorang suri rumah.

Suri rumah dipenjara tujuh bulan sembunyi wang milik pegawai polis
Seorang suri rumah dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang berjumlah RM3,100 milik seorang pegawai polis wanita.

Suri rumah rugi lebih RM12,000 diperdaya jualan barang kemas dalam talian
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Suri rumah didakwa peras ugut suami
Tertuduh didakwa dengan niat jahat telah melakukan pemerasan terhadap suaminya dengan cara mengambil wang tunai sebanyak RM13,000.

Macau Scam: Suri rumah tertipu, wang lebih RM1 juta lesap
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM1.03 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Waris mangsa kemalangan jalan raya alami kecederaan otak terima pembelaan Perkeso
Kos pembedahan implan berjumlah RM23,000 dan rawatan perubatan mendiang di Hospital Kuala Lumpur turut ditanggung sepenuhnya Perkeso.