awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah disyaki bunuh suami direman seminggu

Bernama
Bernama
24/01/2022
06:43 MYT
Suri rumah disyaki bunuh suami direman seminggu
Perintah reman ke atas wanita berusia 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Emysuriana Muhammad Subry sehingga 30 Januari ini.
SEREMBAN: Seorang suri rumah yang disyaki membunuh suaminya di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Perintah reman ke atas wanita berusia 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Emysuriana Muhammad Subry sehingga 30 Januari ini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira 4.11 petang semalam, mangsa yang juga bekas akauntan syarikat swasta itu ditemukan maut di dapur rumah mereka selepas dipercayai ditikam dua kali di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam oleh isterinya.
Siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.
Pasangan itu mempunyai empat anak dan ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suri Rumah
#suami ditikam
#reman
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan