awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO PNB, Jalil Rasheed dinasihat buat laporan polis, SKMM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/06/2020
10:52 MYT
Bekas CEO PNB, Jalil Rasheed dinasihat buat laporan polis, SKMM
Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan berkata, Jalil dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM untuk penelitian serta siasatan lanjut.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed membuat laporan berhubung dakwaannya menerima gangguan ketika bertugas dalam PNB.
Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan berkata, Jalil dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM untuk penelitian serta siasatan lanjut.
"SKMM memandang serius berhubung dakwaan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Jalil Rasheed bahawa beliau telah menerima gangguan panggilan daripada nombor tidak dikenali, serta berlakunya penggodaman ke atas akaun e-mel korporat dan profil LinkedIn miliknya.
“Sehubungan itu, beliau dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM untuk penelitian serta siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Memetik laporan Focus Malaysia pada Isnin, Jalil dilaporkan memberitahu kakitangannya bahawa dia menghadapi pelbagai gangguan sepanjang tempohnya sebagai ketua salah satu pengurus aset terbesar di negara ini.
“Kami membuat pengorbanan kewangan dan keluarga yang besar untuk berpindah kembali ke Kuala Lumpur dari Singapura kerana saya benar-benar ingin menyumbang kepada pembangunan negara. Saya kecewa ini harus berakhir dengan tiba-tiba, " katanya dalam e-mel perpisahannya kepada kakitangan pada Isnin.
Sementara itu, Lembaga Pengarah PNB pada Isnin mengumumkan bahawa mereka telah menerima peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE), Jalil Rasheed.
PNB dalam satu kenyataan memaklumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada hari sama.
Topic Berkaitan
#jalil rasheed
#keluarga
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#MCMC
#PDRM
#PNB
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#presiden
#siasatan
#Singapura
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan