Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan berkaitan meluluskan penganjuran beberapa program di bawah suruhanjaya itu.

Daripada 33 pertuduhan ke atasnya, 31 pertuduhan adalah di bawah Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.


Manakala dua lagi pertuduhan pula di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, anak tertuduh, Abdulazeez Wan Ruslan, 33, turut berhadapan empat pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan ibunya menerima suapan berjumlah RM160,000 di bawah Akta SPRM dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Abdulazeez Wan Ruslan berhadapan empat pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan ibunya menerima suapan berjumlah RM160,000. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hamidi Mohd Noor manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM, Allan Suman Pillai.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan wang jaminan RM300,000 bagi Zahrah dengan dua penjamin m
Manakala RM70,000 bagi Abdulazeez dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada 26 November depan.