KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif pentadbiran sebuah syarikat perunding mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM100,000 bagi kegunaan peribadinya antara 2018 dan 2022.
Bagi kelima-lima pertuduhan itu Nur Syuhada Rohaizat, 33, didakwa sebagai eksekutif pentabdiran di Seek Education Sdn Bhd yang diamanahkan dengan buku cek syarikat telah melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan 29 keping cek syarikat bernilai RM145,000 serta mendepositkan cek-cek berkenaan ke dalam akaun Hong Leong Bank miliknya bagi kegunaan peribadi.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seek Education Sdn Bhd, Plaza Mont Kiara di Brickfields di sini antara 1 Jun 2018 dan 12 April 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi dan Muhammad Aiman Azahan menawarkan jaminan RM45,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan, namun peguam Ahmad Ikram Ab Alim yang mewakili tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnnya mempunyai tanggungan keluarga.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan ke mahkamah dan menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan didenda, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Bekas eksekutif pentadbiran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM100,000
Seorang bekas eksekutif pentadbiran sebuah syarikat perunding berhadapan lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM100,000.