awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru agama Sultan Johor meninggal dunia

Bernama
Bernama
29/12/2015
00:34 MYT
Bekas guru agama Sultan Johor meninggal dunia
Bekas guru agama kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Datuk Abdul Kadir Annuar, 82, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 5.10 petang Isnin. - Foto Bernama
Bekas guru agama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Datuk Abdul Kadir Annuar meninggal dunia petang Isnin di rumahnya di Larkin Jaya, dekat sini.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Samiah Mohd Said, 75, serta lima orang anak perempuan dan 21 orang cucu, meninggal dunia pada 5.10 petang akibat radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.
Abdul Kadir, 82, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri selama dua penggal (1991-1999), pernah mengajar Sultan Ibrahim di sekolah Agama Bukit Zaharah.
Anak Allahyarham, Radziah Abdul Kadir, 43, berkata bapanya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah menggunakan ambulans yang diuruskan khas oleh Sultan Johor pada Sabtu lalu pada 1 tengah hari berikutan kesihatannya yang semakin merosot.
Beliau berkata Sultan Johor yang menziarahi bapanya pada hari sama, menyuarakan kebimbangan baginda mengenai kesihatan Abdul Kadir lalu segera menguruskan ambulans dan doktor peribadinya supaya merawat guru agama baginda.
"Penyakit ayah hanya diketahui setelah mendapat pengesahan daripada doktor peribadi Sultan Ibrahim kerana sebelum ini ayah tidak disahkan menghidap apa-apa jenis penyakit," kata Radziah kepada pemberita di rumah Allahyarham, di sini petang semalam.
Setelah diberitahu oleh doktor yang ayahnya sudah tidak ada harapan, bekalan oksigen dihentikan kira-kira 3.30 petang atas nasihat doktor sebelum membawanya pulang ke rumah, katanya.
Beliau berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh 10 pagi ini.
Topic Berkaitan
#Abdul Kadir Annuar
#meninggal dunia
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan