Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila beliau rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi itu, Ahmad Bidin, 82, sebelum itu turut menguruskan jenazah pemuda berkenaan yang meninggal dunia selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan jalan raya.
Imam masjid berkenaan Mat Desa Sulaiman, 80, berkata ketika hendak mengangkat takbir pertama, Ahmad yang berada di saf hadapan dan bersebelahannya hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakangnya.
"Masa mula-mula dia rebah saya memapahnya dan dudukkannya di sebatang tiang di dalam masjid, tetapi selepas beberapa saat dia sedar serta kembali memenuhi saf hadapan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.
"Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, tetapi arwah tetap meneruskan solat jenazah dan semasa hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri," katanya.
Mat Desa berkata mereka kemudian membaringkan Ahmad dan mendapati Allahyarham tidak lagi bergerak walaupun namanya dipanggil berulang kali sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang dengan ambulans.
Ahmad merupakan bekas pekerja am di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth dan bertugas sebagai imam masjid Jamek Permatang Binjai sejak 15 tahun lepas sebelum menamatkan tugas pada 2013.
Allahyarham meninggalkan isteri Azizah Saad, 65, dan empat anak berumur antara 30 hingga 47 tahun.
Sementara itu Azizah yang ditemui berkata suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 8 pagi untuk membantu mengurus jenazah pemuda berkenaan selepas dimaklumkan kariah masjid berhubung kematian tersebut.
"Arwah tidak menunjukkan sebarang kelainan sewaktu keluar untuk membantu proses memandi dan mengkafankan remaja terbabit. Selama ini itulah tugasnya selain banyak masa dipenuhi di masjid untuk sembahyang, membaca al-Quran dan memenuhi undangan ke majlis tahlil," katanya.
Katanya pihak hospital memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat sesak nafas.
Bernama
Sun Aug 14 2016
Ahmad Bidin, 82, sebelum itu turut menguruskan jenazah pemuda berkenaan yang meninggal dunia selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Bekas imam meninggal dunia ketika solat jenazah
Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila beliau rebah pada takbir keempat.