awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
Trump umum penubuhan ‘Lembaga Keamanan’ untuk Gaza
Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI

Amanz
Amanz
05/06/2024
03:00 MYT
Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI
Kakitangan dan bekas kakitangan itu mendedahkan dalam surat terbuka, sekiranya mereka enggan bersetuju dengan syarat NDA, ia akan menyebabkan pegangan stok mereka dalam syarikat terbatal. - Gambar hiasan
SERAMAI 13 kakitangan dan bekas kakitangan Google Deepmind, OpenAI dan Anthropic menulis surat terbuka memohon perlindungan daripada pihak berkuasa sekiranya memberikan amaran mengenai bahaya AI yang dibangunkan oleh bekas majikan mereka.
Antara taktik yang digunakan bekas majikan ialah meminta mereka menandatangani dokumen tidak mendedahkan maklumat (NDA).
Kegagalan bersetuju dengan syarat NDA akan menyebabkan pegangan stok mereka dalam syarikat akan terbatal.
Permintaan lain yang terkandung dalam surat terbuka itu ialah:
Mengelakkan diri daripada bertindak balas terhadap pekerja yang menyuarakan kebimbangan keselamatan; Menyokong sistem awanama untuk pemberi maklumat untuk memaklumkan orang ramai dan pengawal selia tentang risiko; Membenarkan budaya kritikan terbuka; dan Mengelakkan NDA yang menyekat pekerja daripada bersuara
Sejak akhir-akhir ini, ramai bekas kakitangan syarikat AI meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan hala tuju AI yang sedang dibangunkan.
Isu keselamatan dan penggunaan data adalah dua kerisauan yang sering diketengahkan.
Antara peletakan jawatan paling berprofil tinggi ialah Ilya Sutskever, ketua saintis dan juga pengasas bersama OpenAI yang meninggalkan syarikat awal bulan lalu secara mengejut.
Sumber: Right To Warn
Topic Berkaitan
#Google
#OpenAI
#bekas kakitangan
#bahaya AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan