KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas kelindan lori daripada pertuduhan membakar 34 motosikal di parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini, dua tahun lepas.
Hakim Norina Zainol Abidin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Saiful Adey Mohd Noor, 36, di akhir kes pendakwaan.
"Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan dan meneliti hujahan pembelaan serta pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri," katanya.
Mohd Saiful Adey yang duduk di kandang tertuduh dengan tangannya bergari dilihat gembira selepas keputusan itu.
Prosiding dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn dan peguam M. Soosai Raj yang mewakili Mohd Saiful Adey.
Perbicaraan kes itu bermula 5 Okt tahun lepas dengan lima saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.
Pada 30 Sept 2022, Mohd Saiful Adey mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan cecair mudah terbakar iaitu petrol, sehingga menyebabkan motosikal terbabit hangus terbakar di parkir Blok G, PPR berkenaan, pada 2.21 pagi, Julai 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Mahkamah melepas dan membebaskan bekas kelindan lori daripada pertuduhan membakar 34 motosikal di parkir PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil. - Gambar fail/Sinar Harian
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Bekas kelindan lori lepas dan bebas pertuduhan bakar 34 motosikal di parkir PPR
Mahkamah melepas dan membebaskan bekas kelindan lori daripada pertuduhan membakar 34 motosikal di parkir PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil.
Penghantar makanan didakwa bakar motosikal, skuter depan KLCC
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan membakar 11 buah motosikal dan empat skuter elektrik di hadapan Suria KLCC, minggu lalu.