awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
64 peratus syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal patuhi JISA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM100,000

Bernama
Bernama
29/06/2025
08:31 MYT
Sponsor Banner
Bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM100,000
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Ogos ini untuk tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang jualan tiket berjumlah RM114,630.80 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini pada 10 tahun lepas.
Bibi Kasiran Mohamad, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut 10 pertuduhan berkenaan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah dengan tidak menyerahkan hasil jualan tiket bernilai antara RM7,000 hingga lebih RM18,000 kepada sebuah syarikat bas antara Januari hingga Okt 2015.
Ibu tunggal itu yang bekerja di kaunter tiket bas di terminal berkenaan pada masa itu didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun, dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Khairul Azwan Azhan.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan jaminan kerana kes terbabit melibatkan 10 pertuduhan, namun jika mahkamah membenarkan, tawaran jaminan ialah RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Muhammad Khairul Azwan memohon pengurangan jaminan kerana anak guamnya sudah berusia 50 tahun dan kematian suami pada Ogos tahun lepas, selain perlu menanggung ibu bapa yang uzur serta menghidap sakit tua dan penyakit jantung.
"Anak guam saya kini bekerja di sebuah kedai kuih dengan pendapatan RM45 sehari dan kesalahan ini yang pertama dilakukannya. Oleh itu, saya merayu jaminan dikurangkan sebanyak RM15,000 bagi semua pertuduhan," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Ogos ini untuk tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani tiket bas
#pecah amanah
#mahkamah
#hasil jualan tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami