KUALA LUMPUR: Bekas ketua kumpulan ‘Wolf Pack’ pengganas Daesh, Mahadi Mamat diperintah membela diri di Mahkamah Tinggi, di sini pada Selasa atas lapan pertuduhan termasuk berhubung aktiviti keganasan dan membuat ancaman serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafiled, Subang Jaya, empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mahadi, 38, di akhir kes pendakwaan.
Ketika menyampaikan keputusan tersebut, Noorin berkata, mahkamah berpuas hati bahawa tidak terdapat sebarang kecacatan pada pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh.
“Mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya mengemukakan keterangan prima facie dalam setiap pertuduhan.
“Bagi setiap elemen pertuduhan yang dibuktikan itu, jika tidak dipatahkan, ia mewajarkan sabitan terhadap tertuduh,” katanya.
Susulan itu, mahkamah memberikan lelaki itu tiga pilihan untuk membela diri iaitu pertama, memilih untuk berdiam diri atau kedua, memberi keterangan dalam kandang tertuduh secara tidak bersumpah.
Sementara pilihan ketiga ialah memberi keterangan bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas.
“Saya percaya tertuduh akan membuat pilihan pada hari prosiding bela diri itu kelak,” kata hakim itu.
Sementara itu, peguam, Farida Mohammad memaklumkan, pihaknya akan memanggil seramai lima individu sebagai saksi pembelaan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan prosiding bela diri bermula 4 dan 18 April, 27 hingga 30 Mei serta 24 Jun tahun depan.
Dalam kes ini, pendakwaan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Low Qin Hui.
Semasa di peringkat pendakwaan, seramai 24 saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes yang bermula 14 Disember 2021 hingga 20 November lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan terhadap suatu perbuatan pengganas dengan membuat ancaman serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencari sokongan terhadap suatu perbuatan pengganas dengan membuat ancaman bunuh terhadap empat warga tempatan berprofil tinggi, melalui ‘WhatsApp’ ‘Sejati Sejiwa’.
Tertuduh juga didakwa telah bersetuju untuk memberi latihan dalam penggunaan senjata api kepada ahli kumpulan ‘WhatsApp’ itu dan memberi arahan untuk melakukan perbuatan pengganas kepada ahli kumpulan, iaitu bagi pertuduhan ketiga dan keempat.
Selain itu, dia didakwa atas pertuduhan kelima dengan niat untuk melakukan perbuatan pengganas, telah mendapatkan enam ‘pipe bomb’ untuk melaksanakan perbuatan pengganas.
Sementara pertuduhan keenam pula, Mahadi didakwa dengan niat melakukan perbuatan pengganas, telah mendapatkan pistol semia automatik CZ 75 B dan 15 peluru jenis ‘Luger 9mm’ untuk melaksanakan perbuatan pengganas tersebut.
Pertuduhan ketujuh pula, dia didakwa dengan pengetahuan telah merekrut beberapa orang lain untuk menyertai kumpulan ‘WhatsApp’ itu untuk melakukan suatu perbuatan pengganas.
Tertuduh juga didakwa telah memiliki item berkaitan kumpulan pengganas dikaitkan dengan Islam.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di Kampung Teris, Hulu Terengganu, pada jam 5.45 petang dan 9.48 malam, 7 Januari 2019.
Dia didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 130J (1)(b), 130F (a), 130F (b), 130JD (1), 130E (a) dan 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 12 2023
Mahadi (kiri) sewaktu diiringi polis dari Bahagian Antipengganas (E8) di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 2019 lalu. - Foto fail/ Sinar Harian
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa.
Lyon bantu PSG sahkan gelaran Ligue 1
Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Lyon mengatasi Monaco 3-2.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Principal Malaysia: Where you diversify your investment
Considering planting the seeds for your financial future? At Principal Malaysia, we'll help you water, fertilize, and harvest your investments for a potentially fruitful future. Just like a seed needs the right environment to flourish, we offer a variety of investment solutions tailored to your risk tolerance and goals. We're here to help you grow your financial potential! #InvestingMadeEasy #PrincipalMY #PrincipalMalaysia
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Bekas ketua kumpulan ‘Wolf Pack’ diperintah bela diri kes keganasan
Bekas ketua kumpulan Wolf Pack pengganas Daesh, Mahadi Mamat diperintah membela diri di Mahkamah Tinggi, pada Selasa.