Bekas ketua pegawai kewangan didakwa 20 pertuduhan pindah wang RM7.8 juta

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak melebihi RM10 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai kewangan sebuah syarikat pembuatan didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan menyebabkan pemindahan wang berjumlah RM7.8 juta, sehingga menyebabkan syarikat tersenarai awam itu mengalami kerugian.
Ringkasan AI
- Yong Man Chai, bekas ketua pegawai kewangan AT Systematization Berhad, didakwa di tiga Mahkamah Sesyen atas 20 pertuduhan pemindahan wang RM7.8 juta, menyebabkan kerugian syarikat tersenarai awam itu.
- Kesemua kesalahan dilakukan di sebuah bank di Kota Damansara antara Julai 2020 dan Oktober 2021 mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
- Jika disabit kesalahan, Yong boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun hingga maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM10 juta; mahkamah menetapkan jaminan RM350,000 dengan syarat tambahan penyerahan pasport dan laporan bulanan ke pejabat SC.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Kota Damansara di sini antara Julai 2020 dan Oktober 2021 mengikut Subseksyen 317A(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 317A(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak melebihi RM10 juta.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC) Shoba Venu Gobal, Hashley Tajudin dan Mohd Izuddin Mohamad, manakala lelaki itu diwakili peguam Datuk Yaacob Md Sam dan Md Yunos Shariff.
Hakim Norma menetapkan jaminan RM160,000 dengan dua penjamin manakala Hakim Suhaila dan Hakim Azrul masing-masing menetapkan jaminan RM120,000 dan RM70,000, dengan dua penjamin menjadikan jumlah jaminan keseluruhan RM350,000 dengan enam penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SC sebulan sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kesemua kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


