AMPANG: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong, 62, meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah, di sini, pagi ini, dipercayai akibat sakit jantung.
Berita mengenai pemergian Zolkples dikongsi di laman Twitter @AtletMalaysia pada pukul 10.23 pagi ini.
"Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong meninggal dunia pagi tadi," demikian menurut kemas kini tersebut.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kemas kini di Facebook turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Zolkples.
"Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh," kata beliau.
Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak ketika mengesahkan perkara itu berkata, jenazah Zolkples dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.
"Anak saudara dan pembantu peribadi beliau meminta bantuan polis untuk membuka pintu rumah arwah kira-kira 10 pagi tadi selepas beberapa panggilan dibuat tidak dijawab.
"Selepas polis berjaya membuka pintu rumah, jenazah Zolkples ditemukan terbaring.
"Punca dan waktu kematian akan diketahui setelah selesai bedah siasat," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, jenazah Zolkples ditemukan terbaring di bahagian dapur rumahnya.
Turut difahamkan, beberapa pegawai MSN gagal menghubungi beliau sejak Jumaat lepas, selepas mendapati Zolkples tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN Bukit Jalil.
Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kematian Zolkples sebagai kehilangan seorang kawan dan guru yang mengajarnya tentang dunia sukan.
"Banyak jasanya kepada pembangunan sukan negara termasuk pembangunan sukan berbasikal yang melahirkan ramai jaguh dunia.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat.
"Al-Fatihah," tulis beliau dalam entri tersebut.
Untuk rekod, Allahyarham Zolkples memegang jawatan sebagai ketua pengarah MSN selama tujuh tahun sejak dari April 2007 hingga Disember 2014.
Allahyarham kemudian dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) pada 2017.
Astro Awani
Sun Oct 03 2021
Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu.
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
CIMB Securities sasar pertumbuhan satu digit tinggi pasaran modal akhir 2024
CIMB Securities, anak syarikat milik penuh CIMB Investment Bank Bhd, menyasarkan pertumbuhan satu digit yang tinggi dalam bahagian pasaran modal Malaysia menjelang akhir 2024.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.