awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD

Astro Arena
Astro Arena
10/05/2024
11:00 MYT
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Pemilihan Oscar diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Stadium Astro
JAWATANKUASA Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mendedahkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP bermula 21 April 2024 lalu.
Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu kenyataan sebentar tadi menjelaskan pemilihan Oscar yang juga diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Bekas ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Australia (AAFC) dipilih hasil cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah empat calon yang disenarai pendek pada 13 Disember 2023.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengetuai panel penemuduga berkenaan yang turut dianggotai Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell, dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki.
Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Professional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.
Dia juga telah berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales, Westfield Sports dan A League Central Coast Mariners di Australia.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Program Pembangunan Bola Sepak Negara
#Oscar Francisco Gonzalez
#pengarah teknikal NFDP
#Persatuan Bolasepak Australia
#MSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan