KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, petang semalam.
Anaknya, Mohamed Reza ketika dihubungi Bernama mengesahkan Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 5.51 petang selepas kira-kira sebulan menerima rawatan di hospital berkenaan.
Beliau berkata bapanya turut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu.
“Jenazah dijangka dikebumikan di Bandar Nusaputra, Puchong, pagi esok (Selasa),” katanya.
Abdul Rahman berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Penyiaran selama enam tahun, dari 2003 hingga 2009.
-- BERNAMA