awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis

Bernama
Bernama
13/06/2016
09:09 MYT
Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
ABDUL RASHID: Bekas mangsa culik dijadual kembali ke Sarawak pagi esok.
Empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan Rabu lepas, dijadual kembali ke Sarawak pagi esok, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Keempat-empat bekas mangsa culik itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Sibu pada 7 pagi, katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.
Pagi tadi, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lepas.
Pada 9 Jun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua mereka yang dibebaskan berada di Sandakan untuk pemeriksaan kesihatan.
Pada 10 Jun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata keterangan keempat-empat individu terbabit mula diambil sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu dari Sandakan pada Rabu.
Awang Sahari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pembebasan mangsa yang boleh mengelirukan orang ramai.
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Harun
#Abu Sayyaf
#mangsa culik
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan