awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas kekal terajui Perikatan Nasional, sudah ada calon pengerusi - Hadi Awang
Kes rogol: Da’i Syed kekal bersalah, ke penjara hari ini
PM Jepun Sanae Takaichi bubar Parlimen, buka laluan pilihan raya mengejut 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2021
13:56 MYT
Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Siasatan ke atas Ahli Parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan sejumlah wang dalam simpanannya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen yang juga bekas menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah parti politik bernilai lebih RM1 juta.
Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Sumber itu memberitahu, jumlah keseluruhan penyelewengan dianggarkan RM1.12 juta.
Ahli Parlimen itu dijangka turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat, katanya.
Menurut sumber berkenaan, siasatan ke atas Ahli Parlimen berkenaan telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas pihak berkuasa menerima aduan berhubung kehilangan sejumlah wang yang besar dalam simpanannya.
Sementara itu, SPRM berkata, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan dipanggil untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkenaan siasatan suruhanjaya itu pada jam 8 pagi esok.
Dalam pada itu, Syed Saddiq dalam laman Twitternya, malam ini, berkata beliau akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk 'diadili'.
"Berani kerana benar. It is in moments like this that i am reminded why i joined Politics," katanya.
Topic Berkaitan
#SPRM
#bekas menteri
#ketua pemuda
#parti politik
#ahli Parlimen
#penyelewengan
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan