awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
PRK Lamag: 10.57 peratus selesai mengundi setakat 9 pagi - SPR
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai kanan TLDM didenda RM100,000, harta RM1.6 juta dirampas

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2016
06:22 MYT
Bekas pegawai kanan TLDM didenda RM100,000, harta RM1.6 juta dirampas
Tertuduh pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM. - Gambar hiasan
Seorang bekas Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijatuhi hukuman denda RM100,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM1.6 juta berhubung urusan pembekalan barangan ke TLDM 3 tahun lalu.
Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan harta milik tertuduh Khairul Izwan Mohd Khir, 38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM bernilai kira-kira RM1.6 juta dilucutkan hak.
Sebelum ini, pada 9 September 2015, Khairul Izwan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang dan sekeping kad debit berjumlah RM1.5 juta.
Khairul Izwan turut didakwa dengan satu pertuduhan mengikut akta sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 September 2015 atas tuduhan menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada seorang kontraktor yang mana tertuduh mengetahui syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.
Khairul Izwan didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut antara bulan Mei 2013 dan Februari 2015.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah dan Mahadi Abdul Jumaat.
Topic Berkaitan
#hukuman denda
#kes rasuah
#Mahkamah Khas Rasuah
#pegawai kanan TLDM
#Rasuah
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan