PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai kanan tentera yang didakwa atas pertuduhan memikat isteri orang tujuh tahun lalu didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Azmi Ali, 48, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Azmi didakwa dengan niat jenayah memikat wanita berusia 44 tahun, yang sudah bersuami (ketika dituduh pada tahun 2020) di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini awal tahun 2016.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu telah kahwin dengan wanita itu pada 4 Jun 2005 dan mereka menetap di Seri Kembangan di sini.
Pengadu telah membaca mesej dalam aplikasi WhatsApp antara wanita itu dengan tertuduh yang mengandungi kandungan kemesraan melampau.
Semasa prosiding, peguam Azman Zakaria berkata, ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan tiada sabitan lampau.
Berikutan kes ini beliau berkata, Azmi yang telah bertugas selama 28 tahun lalu dinasihati supaya diberhentikan kerja dan hanya mendapat pekerjaan baharu tiga bulan lalu.
"Dia mengaku kesal dan mengambil jalan untuk selesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal memohon mahkamah mengambil kira masalah yang menimpa pengadu yang juga bekas suami kepada wanita terbabit.
"Kejadian ini menyebabkan pengadu dan wanita itu bercerai malah menjejaskan anak-anak mereka apabila rumah yang diduduki sebelum ini terpaksa dijual.
"Ini kerana pengadu tidak dapat memberi tumpuan pada pekerjaannya sehingga menyebabkan perniagaannya gulung tikar.
"Kes ini juga menyebabkan dia mengalami depresi dan perlu menjalani sesi kaunseling di Terengganu," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 02 2023
Seorang bekas pegawai kanan tentera yang didakwa atas pertuduhan memikat isteri orang tujuh tahun lalu didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis. -Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Bekas pegawai tentera didenda RM6,000 pikat isteri orang
Azmi Ali, 48, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.