awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas peguam dipenjara sembilan tahun pecah amanah urusan pembelian rumah

Bernama
Bernama
10/07/2018
23:25 MYT
Bekas peguam dipenjara sembilan tahun pecah amanah urusan pembelian rumah
Pada April 2017, Yap Ooi Lye (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan pecah amanah di dalam urusan jual beli rumah dan tanah bernilai lebih RM1.1 juta. fotoBERNAMA / Fail
Seorang bekas peguam dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah berhubung urusan pembelian sebuah rumah.
Hakim Azman Ahmad menjatuhi hukuman itu terhadap Yap Ooi Lye, 38, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes semalam.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula pada tarikh tangkap 7 April 2017.
Wanita itu didakwa sebagai seorang peguambela dan peguamcara firma yang diamanahkan dengan penguasaan wang akaun pelanggan firma Maybank, telah melakukan pecah amanah terhadap wang pertaruhan RM59,550,71 yang dibayar oleh Hong Leong Islamic Bank, iaitu wang daripada akaun pinjaman rumah Mohamed Burkhannuden Jafarullah Khan, 45, bagi urusan membeli sebuah rumah beralamat di Blok B-3A-19, Mutiara Magna, No 2 Jalan Metro 1, Metro Prima, di sini.
Wang RM59,550.71 sepatutnya diserahkan kepada Nordin Md Noh, 59, dan Natinah Mohamed Shaari, 49.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di firma Tetuan Jenny Yap Associates di Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan Kepong di sini antara 10 Nov 2014 hingga 17 Jan 2017.
Yap didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu.
Bagaimanapun, Yap yang memakai baju kurung bercorak batik itu diwakili peguam P. G Cyril memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah mengaku bersalah dan sudah menyesal.
"Anak guam saya tidak lagi boleh beramal sebagai peguam malah firma guamannya telah diambil alih oleh Majlis Peguam Malaysia.
"Selain itu, anak guam saya juga tidak boleh membayar denda atau pampasan kerana mempunyai masalah kewangan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas peguam
#firma guaman
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#pecah amanah
#Peguambela
#peguamcara
#pelanggan bank
#pembelian
#penguasaan wang
#rumah
#Yap Ooi Lye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan