awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2023
05:00 MYT
Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia
Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke ICU Hospital Selayang. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy) serta Meditasi dan Garuda, Man Tobey, 58, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.04 tengah malam di Hospital Selayang selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang.
Allahyarham meninggalkan balu, Zamidah Ishak, 62, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23.
Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu, Man Tobey sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang.
Difahamkan Man Tobey juga menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk memasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#XPDC
#Man Tobey
#meninggal dunia
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan