MALAYSIA
Bekas pembantu Ahli Parlimen ditahan muat naik video tanpa kebenaran

Mohd Azam berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi, Jumaat lalu oleh sepasukan anggota dari IPD Ampang Jaya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu peribadi kepada seorang Ahli Parlimen di Pantai Timur ditahan kerana dipercayai memuat naik video milik wakil rakyat itu tanpa kebenaran di Facebook.
Ringkasan AI
- Lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas didakwa memuat naik video milik Ahli Parlimen Pantai Timur di Facebook secara terbuka dan berunsur jahat.
- Hantaran tersebut menyebabkan kecaman awam yang memudaratkan reputasi dan kesejahteraan mental Ahli Parlimen terbabit.
- Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Suspek secara terangan menyebut nama pengadu di hantaran tersebut yang berunsur jahat dan mendedahkan pengadu kepada kemudaratan atau ancaman terbuka.
"Kesan hantaran tersebut menyebabkan komen kecaman dibuat oleh pengguna Facebook yang lain dan komen negatif sehingga memberi tekanan, memudaratkan minda, reputasi serta psikologi pengadu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mohd Azam berkata, pengadu berasa terancam dan ketakutan sekiranya perkara buruk berlaku kepada pengadu akibat tindakan suspek.
Ketika tangkapan dibuat, beliau memberitahu, polis turut merampas dua telefon pintar milik suspek untuk membantu siasatan. Semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing ke atasnya adalah negatif dadah.
Beliau memberitahu, suspek direman empat hari sehingga Selasa di Mahkamah Majistret Ampang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana melakukan aib untuk mengganggu keamanan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami