awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pembantu tadbir ditahan, palsukan butiran syarikat lebih RM1.03 juta.

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
05/09/2021
08:24 MYT
Bekas pembantu tadbir ditahan, palsukan butiran syarikat lebih RM1.03 juta.
Suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM negeri Johor pada jam 11.30 pagi Ahad bagi membantu siasatan.
JOHOR BAHRU: Seorang bekas penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Johor hari ini kerana kesalahan salah guna kuasa dan kedudukan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM negeri Johor pada jam 11.30 pagi Ahad bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek semasa bertugas sebagai Pembantu Tadbir Gred N19 di Pejabat Kerajaan Negeri telah menggunakan kedudukannya.
"Suspek yang bertugas sebagai urusetia dalam Jawatankuasa Sebutharga untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan toner dengan memalsukan butiran pemilikan tiga syarikatnya bernilai lebih kurang RM1.03 juta dari tahun 2016 hingga 2019.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun," kata kenyataan itu.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Topic Berkaitan
#bekas penjawat awam
#salah guna kuasa
#SPRM Johor
#Pembantu Tadbir Gred N19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan