KUCHING: Bekas pemimpin utama Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang memeterai perjanjian damai Sri Aman pada 1973 meninggal dunia pada Isnin.
Bong Kee Chok, 91, menghembuskan nafas terakhir di sini sekitar jam 6 pagi, meninggalkan lima anak, termasuk seorang anak angkat.
Kee Chok merupakan antara watak utama dalam pergerakan komunis di Sarawak yang dikenali sebagai Organisasi Komunis Klandestine (CCO) atau Pertubuhan Komunis Sarawak (SCO), sebelum ditukar kepada PARAKU sebagai formasi tenteranya.
Penyertaan Kee Chok dalam aktiviti ini bermula selepas dia ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam penentangan terhadap penubuhan Malaysia pada 22 Jun 1962.
Selepas dibebaskan, lulusan Chung Hua Middle School, Kuching ini melarikan diri ke Pontianak, Kalimantan sebelum terlibat dalam penubuhan parti itu pada pada 19 September 1965.
Di Indonesia, dia mendapat latihan ketenteraan daripada Tentera Nasional Indonesia hingga mampu memimpin pasukannya sendiri.
Pada 27 Mei 1972, dia mengetuai sekumpulan anggota untuk membina pangkalan di hutan Simanggang.
Pun begitu, akibat tekanan dan serangan berterusan daripada pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia yang bertukar menjadi musuh selepas tamat era konfrontasi, Kee Chok tidak ada pilihan lain.
Pada 12 Oktober 1973, dia selaku Pengarah dan Komisar PARAKU telah mengutus surat kepada Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakub untuk merundingkan perdamaian, dan kebebasan untuk mereka yang berjuang bersama-samanya.
Seramai 482 pengganas komunis kemudian terlibat dalam proses serah diri pada 18 Oktober 1973, prasyarat yang dipenuhi sebelum rundingan selama tiga hari bermula 19 Oktober, yang membawa kepada penamatan penentangan bersenjata PARAKU- yang pertama seumpamanya terhadap organisasi komunis di negara ini.
Rundingan ini kemudian diikuti dengan majlis menandatangani perjanjian damai di Rumah Kerajaan Simanggang pada 20 Oktober 1973.
Rentetan kejayaan itu, Daerah Simanggang selepas itu diisytiharkan dengan nama baharu iaitu Sri Aman, sebagai mengingati peristiwa bersejarah itu.
Rumah Kerajaan Simanggang pula dikenali sebagai Rumah Sri Aman.
Kesemua pengganas yang terlibat kemudian bersetuju menerima keluhuran Perlembagaan Malaysia dan menamatkan perjuangan mereka, manakala Operasi Sri Aman pula ditamatkan pada 21 Oktober 1973.
Kee Chok yang kemudiannya kembali kepada masyarakat sebagai usahawan khinzir di Siburan, turut memainkan peranan penting dalam memujuk rakan-rakannya komradnya yang lain, hingga akhirnya berjaya membawa kepada penamatan penentangan komunis di seluruh Sarawak pada 1990-an.
Semasa baki hayatnya, dia masih berhubungan dengan Tun Abdul Rahman Yaakub, selain menjadi sahabat karib kepada Allahyarham Datuk Seri Ali Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas, Polis Sarawak ketika itu.
Mayat mendiang akan disemadikan di Jalan Kuching-Serian pada Khamis.
Rudi Affendi Khalik
Tue Feb 07 2023
Bong Kee Chok, 91, menghembuskan nafas terakhir di sini sekitar jam 6 pagi, meninggalkan lima anak, termasuk seorang anak angkat.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Bekas pemimpin utama komunis Sarawak meninggal dunia
Bekas pemimpin utama Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang memeterai perjanjian damai Sri Aman pada 1973 meninggal dunia pada Isnin.