awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Johor dituduh buat tuntutan palsu

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2020
09:12 MYT
Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Johor dituduh buat tuntutan palsu
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. -Astro AWANI
Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Johor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu RM47,800 lima tahun lalu.
Rajali Mudin yang kini bertugas sebagai Pengarah Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan JPNIN membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara November hingga Disember 2015 di pejabat JPNIN Johor.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan aktiviti kemasyarakatan yang tidak wujud bernilai RM35,400 milik sebuah syarikat.
Bagi pertuduhan keempat, tertuduh melakukan kesalahan sama mengemukakan tuntutan palsu berkaitan aktiviti kemasyarakatan yang tidak wujud bernilai RM12,400 milik sebuah syarikat penyediaan makanan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong manakala tertuduh diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober depan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
#Johor Bahru
#JPNIN
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Rasuah
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan