awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu

Bernama
Bernama
10/07/2024
13:41 MYT
Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu
Hakim Ahmad Kamal Arifin menetapkan 8 Ogos depan untuk tarikh pendengaran pengakuan bersalah bagi Mohana Sundharam. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengarah syarikat import eksport didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan permohonan Insentif Pengambilan Pekerja PERKESO membabitkan jumlah RM62,120, tiga tahun lepas.
Menerusi prosiding yang dijalankan secara tertutup itu, Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap P Poowesna, 36, dan memerintahkan wanita berkenaan dipenjara sebulan bagi keempat-empat pertuduhan jika gagal membayar denda itu.
Terdahulu, menerusi prosiding yang dijalankan secara terbuka, seorang lagi bekas pengarah syarikat itu yang juga pemimpin muda sebuah parti politik di negeri ini A Mohana Sundharam, 35, yang didakwa atas pertuduhan sama tidak hadir di mahkamah hari ini kerana mendapat cuti sakit daripada hospital swasta.
Peguam Nur Zafirah Norizan yang mewakili Mohana Sundharam memaklumkan anak guamnya menghidap keracunan makanan sejak semalam.
Hakim Ahmad Kamal Arifin menetapkan 8 Ogos depan untuk tarikh pendengaran pengakuan bersalah bagi Mohana Sundharam.
Pada 14 Nov tahun lepas, Poowesna dan Mohana Sundharam mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencapai niat bersama memberikan satu dokumen iaitu Borang Pengesahan Pekerja program insentif itu atas nama perusahaan TMB Resources bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) keseluruhan berjumlah RM62,120.
Pasangan bekas suami isteri itu didakwa mengemukakan dokumen berkenaan kepada pegawai PERKESO dengan niat hendak memperdaya agensi berkenaan dan mereka tahu dokumen tersebut mengandungi pernyataan palsu mengenai nama pekerja baharu melibatkan 10 penama yang bukan pekerja syarikat berkenaan dan ia dibuat dengan maksud mengelirukan PERKESO. .
Pertuduhan itu didakwa dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO di sini pada 30 Mei 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda jumlah yang terbabit atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Zahida Muhammad Ruzi dan peguam Muhammad Mohd Nasir mewakili Poowesna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#SPRM
#keracunan makanan
#maklumat palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan