awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah UKSB nafi berbohong pada bicara kes rasuah Zahid Hamidi

Bernama
Bernama
14/06/2022
08:35 MYT
Bekas pengarah UKSB nafi berbohong pada bicara kes rasuah Zahid Hamidi
Saksi itu sebelum ini berkata, bantuan kewangan yang diberikan kepada Ahmad Zahid bertujuan mengukuhkan kedudukan UKSB sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri (KDN). - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) hari ini menafikan beliau berbohong dan tidak jujur ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini.
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas timbalan perdana menteri itu bahawa beliau tidak memberi wang kepada Ahmad Zahid.
Semalam Wan Quoris Shah dalam keterangannya berkata Ahmad Zahid menerima sumbangan (wang) dari syarikat itu antara 2014 dan 2018.
Bantuan kewangan yang diberikannya kepada Ahmad Zahid bertujuan mengukuhkan kedudukan UKSB sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terdahulu saksi pendakwaan ke-16 itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam bahawa beliau dan bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun serta bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan telah melakukan konspirasi atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah.
Beliau turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal bahawa wang yang dikatakan telah dibayar kepada presiden UMNO itu sebenarnya telah diambil dan digunakan oleh mereka bertiga.
Ahmad Zaidi: Dan sebab itulah kamu boleh hidup mewah dengan memiliki satu banglo di Putrajaya, semi-D di Cyberjaya dan satu apartment mewah di Pavilion Residence serta juga pelbagai kenderaan mewah yang lain bernilai lebih kurang RM2 juta lebih?
Wan Quoris Shah: Saya tak setuju.
Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Wan Quoris Shah berkata dengan pendapatan RM100,000 sebulan, beliau mampu membeli beberapa hartanah dan kenderaan mewah bernilai RM8 juta.
Beliau berkata gaji permulaannya dengan UKSB adalah RM10,000 sebulan pada 2013, sebelum meningkat kepada RM30,000 dan berakhir dengan RM100,000 pada 2018.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung Khamis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UKSB
#kes rasuah
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan