awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS

Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2026
00:10 MYT
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
Mohamad (tengah) hadir pada majlis penyampaian Madani Agro Excellence di Shah Alam, 5 Feb 2026. - Foto MySKALA
KUALA LUMPUR: Anugerah Kecemerlangan Agro Madani (Madani Agro Excellence Awards) berperanan sebagai wadah untuk mengiktiraf komitmen serta usaha gigih semua pihak yang terlibat sepanjang rantaian nilai industri makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengiktirafan yang diterima bukan sekadar simbol penghormatan, sebaliknya merupakan satu amanah untuk terus tampil sebagai teladan, peneraju serta pemangkin kepada kemajuan sektor agromakanan Malaysia.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan menerusi kementerian ini kekal komited dalam memperkasa sektor berkenaan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik, termasuk pemerkasaan teknologi pertanian pintar dan pendigitalan.
"Ini termasuk peningkatan produktiviti dan kecekapan rantaian bekalan makanan, penggalakan penglibatan golongan muda dan usahawan baharu dalam industri agro.
"Selain itu ia memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Kita percaya bahawa dengan kerjasama erat semua pihak,
"Malaysia mampu mencapai tahap keterjaminan makanan yang lebih kukuh serta menjadi hab agro makanan yang berdaya saing di peringkat serantau dan global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Madani Agro Excellence yang turut dihadiri Pengerusi MySKALA, Fazrul Nizam Osman dan Timbalan Pengerusi MySKALA, Syed Nabil Aljeffri di Shah Alam, pada Khamis.
Antara pengiktirafan yang disampaikan adalah anugerah kecemerlangan industri termasuk bidang pertanian, pemprosesan makanan dan juga F&B.
Sementara itu, Fazrul Nizam yang juga pengerusi penganjur berkata, anugerah berkenaan dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada pelbagai pengusaha industri pertanian dan makanan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri pemakanan negara.
Selain itu, katanya, anugerah berkenaan memberi pengiktirafan khas kepada penyumbang teknologi, pelopor industri yang berkesan, kerjasama koperasi cemerlang dan juga kecemerlangan bumiputra.
"Program ini memberi pengiktirafan khusus kepada kecemerlangan individu, atas dasar keusahawanan cemerlang dan juga pencapaian sepanjang hayat hasil sumbangan yang tidak ternilai kepada rantai bekalan negara," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Agro Madani
#usahawan
#industri pemakanan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.