PUTRAJAYA: Aktiviti mencuri kabel bumi tembaga di pusat membeli-belah Alamanda di sini berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki tempatan termasuk bekas pengawal keselamatan premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata tiga individu dikesan melakukan kegiatan itu di aras satu pusat beli-belah itu pada 10 Mei lepas sekitar pukul 9 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan seorang daripadanya dipercayai bekas pengawal keselamatan terbabit.
Susulan kes kecurian kabel elektrik dengan kerugian dianggarkan RM6,800, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu telah membuat laporan polis.
"Polis menahan tiga lelaki tersebut di tiga lokasi berbeza di Dengkil, Sepang pada 12 dan 13 Mei lepas dan siasatan mendapati ketiga-tiga individu itu adalah kawan dan menggunakan kereta sewa bagi aktiviti mencuri kabel," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata tangkapan itu membawa kepada penahanan seorang lagi individu yang merupakan anak kepada pemilik kedai lusuh di Taman Putra Perdana, Sepang, disyaki pembeli tembaga berkenaan.
A. Asmadi berkata antara barangan dirampas daripada suspek adalah pemotong wayar, gergaji besi dan wayar kabel bumi berwarna hijau.
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Menurutnya, dua daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan manakala dua lagi dijadikan saksi pendakwaan.
A. Asmadi berkata kegiatan mencuri kabel didapati rancak berikutan permintaan dan harga tinggi hingga mencecah RM34 sekilogram.
"Aktiviti sedemikian harus dibanteras sebelum ia meluas ke bangunan kerajaan dan kawasan perumahan yang akan menganggu sistem komunikasi dan bekalan elektrik di Putrajaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Asmadi (dua, kiri) bersama pegawai polis menunjukkan wayar tembaga kabel bumi dan barang rampasan lain serta wajah suspek kes curi kabel di Putrajaya pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Penduduk sekitar kawasan banjir mohon TNB periksa tiang, kabel elektrik, pastikan selamat
Penduduk berkata struktur tiang yang senget itu bukan sahaja membahayakan penduduk malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.
Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda
Aktiviti mencuri kabel bumi tembaga di pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki tempatan.
61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan
Modus operandi mereka ialah menggunakan menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.
TNB lantik kontraktor baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang
Sehingga hari ini, syarikat itu masih belum mendapat maklumat penuh dari Jabatan Bomba mengenai punca kebakaran yang berlaku.
Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata tiada kecederaan dilaporkan dan arahan penutupan jalan sehingga kerja-kerja selesai telah diatur.
Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.
Pemandangan kabel berselirat di Bangkok akan jadi sejarah
Pentadbir bandar raya itu berusaha mengalihkan kabel yang menyerabutkan pemandangan itu ke dalam bumi.
Pelajar sekolah menengah maut, leher tersangkut wayar kabel elektrik
Seorang pelajar sekolah menengah maut apabila kabel elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika sedang membonceng sebuah motosikal.
Seorang maut, 20 cedera belon udara panas langgar kabel elektrik lalu terhempas
Belon udara panas di kawasan pelancongan Cappadocia itu hilang kawalan akibat dipukul angin kuat.