awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia

Bernama
Bernama
30/01/2022
13:16 MYT
Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia
Pengerusi Bernama yang ke-10 itu meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang akibat serangan jantung pada usia 75 tahun. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini hari ini.
Pengerusi Bernama yang ke-10 itu meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang akibat serangan jantung pada usia 75 tahun.
Berita pemergian Abdul Rahman dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham Diana Sulamazra kepada Bernama, hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Maznah Adam dan tiga orang anak.
Abdul Rahman yang merupakan anak kelahiran Parit Buntar, Perak, memulakan kerjaya sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1966, sebelum menyertai Bernama selaku Wartawan Kanan pada 1971.
Antara tahun 1971 hingga 1995, beliau pernah menjadi Ketua Biro Johor, koresponden bagi Thailand dan Indo-China, Ketua Penyunting, Ketua Pengarang Berita, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am serta Ketua Pengarang Bernama.
Beliau memilih bersara awal bagi bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) Kesembilan pada April 1995 di kawasan Parlimen Parit Buntar sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan memenangi kerusi berkenaan.
Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Bernama ke-10 dari 1 Feb 2010 hingga 31 Jan 2014, sebelum dilantik semula ke jawatan tersebut hingga 31 Jan 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengerusi bernama
#Abdul Rahman Sulaiman
#meninggal dunia
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan