KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengemukakan resit palsu bagi menuntut pembelian ikan kerapu hibrid bernilai RM600, lima tahun lalu, bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Jamaludin Mat, menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati tertuduh, Che Sa'adon Che Yahya, 57, bersalah dan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Tertuduh didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Jamaludin menyatakan meskipun jumlah wang yang terlibat agak sedikit namun perbuatan Che Sa'adon tidak mencerminkan kejujuran dan sikap amanah sebagai ketua jabatan.
Sepanjang prosiding, pihak pendakwaan menampilkan 11 orang saksi manakala pembelaan hanya melibatkan tertuduh sahaja.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norshafini Mustafha dan peguam Mohammad Zulfaqar Al-Basyar Saharuddin bagi pihak tertuduh.
Pada 7 Feb lalu, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal melunaskan denda tersebut selepas didapati bersalah memalsukan invois berkaitan alat ganti kereta.
Tertuduh didakwa memalsukan invois pembaikan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik PPNT berjumlah RM1,140, sedangkan pembayaran dibuat untuk kenderaan Toyota Wish milik tertuduh.
Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.
Pada 21 Mac tahun lepas pula, Che Sa'adon didakwa atas dua pertuduhan salah guna kuasa membabitkan pembekalan pejantan dan induk bebiri bagi projek PPNT Fasa 2 bernilai RM303,546 di Kampung Pelam, Hulu Terengganu, pada 2016.
Beliau, bagaimanapun, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan kini masih dalam proses perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
Che Sa'adon (kanan) didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mengemukakan resit palsu pada 2016, 21 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Kakitangan JPJ didenda RM4,000 guna resit palsu
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sebulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.