SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus syarikat dijatuhi hukuman denda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan barang habis pesanan kerajaan, empat tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas tertuduh, Norehan Mat Yusuf, 43, mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa.
Mahkamah turut memerintah tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh yang juga bekas pengarah Syarikat ANQ Sdn Bhd secara kontrak dituduh dengan curang menggunakan satu dokumen sebagai tulen, iaitu invois ANQ Sdn Bhd bagi pembekalan barang habis pesanan kerajaan berjumlah RM93,685.30 kepada Pegawai Kewangan Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pulau Indah, Leftenan Komander Asmuni Mohamad Ali.
Ia mengandungi pernyataan palsu mengenai pembekalan dan penghantaran barang pakai habis untuk Pusat Percetakan, Pusat Hidrografi Nasional TLDM yang sebenarnya barang-barang tersebut berjumlah RM57,600, tidak dibekalkan.
Tertuduh yang kini bekerja sebagai seorang jurujual didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah pada 28 September 2017.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noryusriza Zulkifli memohon mahkamah agar memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana pemalsuan dokumen merupakan sebuah kesalahan yang berat dan telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan Malaysia.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang sama membawa hukuman penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara Norehan pula diwakili peguambela, Sharen Rosli.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 07 2021
Norehan Mat Yusuf (baju putih) mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini - Gambar Astro AWANI
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Bekas pengurus syarikat didenda RM35,000 palsukan dokumen
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Norehan Mat Yusuf, 43, mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan.
TLDM kemukakan 4 inisiatif perangi rasuah, tingkat tadbir urus
Tentera Laut Diraja Malaysia mengemukakan empat inisiatif bagi mengekang isu ketidakpatuhan dan penyelewengan dan sekali gus membantu kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.