awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam didakwa pecah amanah imbuhan imam

Bernama
Bernama
10/09/2025
05:50 MYT
Bekas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam didakwa pecah amanah imbuhan imam
Muhamad Azian Mat Isa dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
IPOH: Seorang bekas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan pecah amanah RM30,250 berhubung lebihan bayaran imbuhan imam masjid antara 2019 hingga 2023.

Ringkasan AI
  • Seorang bekas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam didakwa atas 16 pertuduhan pecah amanah melibatkan lebihan bayaran imbuhan imam berjumlah RM30,250 antara tahun 2019 hingga 2023 di Taiping.
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan jaminan RM16,000 dengan syarat tambahan termasuk melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda; sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Oktober.

Muhamad Azian Mat Isa, 38, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Azian yang juga bekas Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Taiping didakwa atas kapasiti itu yang diamanah dengan harta berjumlah antara RM850 hingga RM5,950 iaitu lebihan bayaran imbuhan imam telah melakukan pecah amanah melibatkan 10 masjid di Taiping.
Bapa empat anak itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Pejabat Agama Islam Daerah Taiping antara 4 Mac 2019 hingga 20 Julai 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun termasuk sebat dan denda.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suzieyana Azura Yahaya menawarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali.
Peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid memohon jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai penjaga kambing hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan serta menanggung seorang isteri dan empat anak.
Mahkamah membenarkan jaminan RM16,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Taiping setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai jabatan agama
#kes pecah amanah
#SPRM
#bayaran imam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan