MELAKA: Seorang bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas empat pertuduhan membuat tuntutan palsu mendapatkan bayaran balik emolumen berjumlah RM154,864.40, tujuh tahun lepas.
Muhammad Anuar Mat Zin, 38, didakwa memperdaya empat guru sambilan iaitu Mohd Zulhilmi Ismail, Abdul Hafidz Abdul Aziz, Mohd Luqman Yusof dan Mohd Khairul Afif Mohd Ghazali untuk mempercayai resit rasmi bagi maksud penerimaan bayaran balik emolumen Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Bantuan Sara Hidup (COLA) dan Elaun Kakitangan Awam (EKA) kerana peletakan jawatan JAIM-KPM (1/12/2016-30/11/2018) adalah tulen.
Ini mendorong Mohd Zulhilmi dan Abdul Hafidz menyerahkan wang masing-masing berjumlah RM30,749.88, Mohd Luqman (RM41,299.84) dan Mohd Khairul Afif (RM52,064.80).
Muhammad Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia 2, JAIM, Melaka Tengah antara 8 Nov 2017 hingga 19 Julai 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka Nur Syakila Yaacob menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali.
Peguam Mohd Nazri Abd Hamid memohon jaminan rendah atas faktor anak guamnya merupakan bapa tunggal kepada tiga anak dan perlu menjaga ibu bapanya yang uzur di samping setuju dengan syarat tambahan dicadangkan.
Hakim Elesabet Paya Wan kemudian menetapkan jaminan RM10,000 serta bersetuju dengan syarat tambahan yang dicadangkan dan menetapkan 15 Sept depan bagi sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
![Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didakwa buat tuntutan palsu lebih RM154,000 Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didakwa buat tuntutan palsu lebih RM154,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693375615_BekaspegawaiJAIM.jpg)
Muhammad Anuar (kanan) ketika dibawa keluar oleh kakitangan SPRM dari Mahkamah Sesyen pada Rabu. -Foto Sinar Harian
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didakwa buat tuntutan palsu lebih RM154,000 Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didakwa buat tuntutan palsu lebih RM154,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693375615_BekaspegawaiJAIM.jpg)
Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didakwa buat tuntutan palsu lebih RM154,000
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
![Ahli kumpulan ajaran Suhaini Mohammad ditahan di Jasin Ahli kumpulan ajaran Suhaini Mohammad ditahan di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686862981_RahmadMariman.jpg)
Ahli kumpulan ajaran Suhaini Mohammad ditahan di Jasin
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di daerah Jasin kira-kira jam 8.30 malam, pada Ahad lalu.
![Tabung derma guna nama tahfiz tak wujud dirampas Tabung derma guna nama tahfiz tak wujud dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677758145_TBTABUNGTAHFIZMELAKA.jpg)
Tabung derma guna nama tahfiz tak wujud dirampas
Modus operandi sindiket tabung kutipan derma ini adalah meninggalkan tabung di premis tertentu sebelum datang mengambilnya semula.
![JAIM siasat sindiket nikah ekspres babitkan warga asing JAIM siasat sindiket nikah ekspres babitkan warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676781549_JaimNikahpalsu.jpg)
JAIM siasat sindiket nikah ekspres babitkan warga asing
Pernikahan ekspres yang hanya bermodalkan RM450 bagi setiap pasangan itu terbongkar selepas jabatan itu menahan pasangan etnik Rohingya dan warga negara jiran dalam serbuan di Pulau Senang.
![Bekas guru agama mengaku tidak bersalah cedera rakan Bekas guru agama mengaku tidak bersalah cedera rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675140290_Bekasguruagama.jpg)
Bekas guru agama mengaku tidak bersalah cedera rakan
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Nurul Nadirah Ahamd Ropie berusia 24 tahun.
![Helah mengaku adik-beradik, elak dicekup khalwat Helah mengaku adik-beradik, elak dicekup khalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674553760_berbohongmengakua.jpg)
Helah mengaku adik-beradik, elak dicekup khalwat
Seorang lelaki sanggup berbohong dan mengakui teman wanitanya merupakan adik kandung ketika diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka.
![Melaka komited perkasa bidang pendidikan Islam - Ketua Menteri Melaka komited perkasa bidang pendidikan Islam - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670491859_HajiMohdAli.jpg)
Melaka komited perkasa bidang pendidikan Islam - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka komited memperkasa bidang pendidikan Islam terutama dalam aspek menambah baik infrastruktur di semua Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
![Tabib perubatan jarak jauh dicekup khalwat dengan pembantu Tabib perubatan jarak jauh dicekup khalwat dengan pembantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656474109_TangkapKhalwat.jpg)
Tabib perubatan jarak jauh dicekup khalwat dengan pembantu
Che Sukri berkata, tangkapan terhadap pasangan berkenaan dibuat selepas menerima maklumat daripada orang awam.
![Pemakluman awal dakwa Aidilfitri jatuh pada 2 Mei tidak benar - Balai Cerapan Al-Khawarizmi Pemakluman awal dakwa Aidilfitri jatuh pada 2 Mei tidak benar - Balai Cerapan Al-Khawarizmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595339961_950x600.jpg)
Pemakluman awal dakwa Aidilfitri jatuh pada 2 Mei tidak benar - Balai Cerapan Al-Khawarizmi
Sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.
![Hotel, premis makanan tiada sijil halal digesa tidak buat iklan bufet Ramadan Hotel, premis makanan tiada sijil halal digesa tidak buat iklan bufet Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81648980294_TBSUKRI.jpg)
Hotel, premis makanan tiada sijil halal digesa tidak buat iklan bufet Ramadan
Antara perkataan yang dilarang digunakan dalam iklan mereka ialah bufet Ramadan, iftar Ramadan, jom iftar, cita rasa Ramadan dan lain-lain.