Skip to main content

Malaysia

Bekas polis era darurat bakal dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan

51376881719_295x200.jpg
Semua bekas polis yang berkhidmat semasa era darurat akan dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan negara.

Pingat tersebut dijangka akan diberi pada awal tahun depan, dan disampaikan secara berperingkat.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pingat tersebut setaraf dengan Pingat Jasa Malaysia yang dianugerahkan kepada anggota tentera.

Ia dianugerahkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan pejuang  negara dalam memerangi ancaman komunis.

Pingat ini juga penting memandangkan anggota polis tidak mempunyai pingat khusus untuk mereka seperti yang diterima anggota tentera.

Berita selanjutnya dapat diikuti menerusi video yang disediakan.

Advertisement

Must Watch Video