awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Guatemala Perez Molina dijatuhi hukuman penjara 16 tahun

Bernama
Bernama
08/12/2022
09:32 MYT
Bekas Presiden Guatemala Perez Molina dijatuhi hukuman penjara 16 tahun
Mahkamah di Guatemala menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas bekas Presiden Otto Fernando Perez Molina dan bekas Naib Presiden Ingrid Roxana Baldetti Elias atas tuduhan konspirasi jenayah dan penipuan kastam. - Gambar REUTERS
MEXICO CITY: Mahkamah di Guatemala menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas bekas Presiden Otto Fernando Perez Molina dan bekas Naib Presiden Ingrid Roxana Baldetti Elias atas tuduhan konspirasi jenayah dan penipuan kastam, lapor Sputnik.
Menurut akhbar Prensa Libre pada Rabu, mahkamah turut mendenda Perez Molina 8.7 juta quetzal (US$1.1 juta).
Hukuman serupa dikenakan ke atas Baldetti yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2018 kerana penipuan dalam projek pembersihan Tasik Amatitlan.
Kes terhadap Perez Molina bermula pada 2015 dan beliau dituduh terbabit dalam penubuhan kumpulan rasuah kastam dengan bantuan pegawai tinggi dalam pentadbiran cukai dan kastam.
Perez Molina didakwa mengenakan bayaran haram ke atas pengimport sebagai pertukaran untuk pemotongan cukai.
Presiden dan naib presiden berada dalam tahanan praperbicaraan selama tujuh tahun dan kini mereka perlu menjalani hukuman penjara sembilan tahun lagi.
Perez Molina menjadi Presiden Guatemala dari 2012 hingga 2015.
Pada September 2015 Kongres sebulat suara meluluskan peletakan jawatannya.
Menjelang akhir 2015, Perez Molina dilucutkan imuniti dan ditahan.
Bekas presiden itu adalah pemimpin Guatemala pertama yang dibicarakan semasa masih memegang jawatan presiden. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Otto Fernando Perez Molina
#Guatemala
#Ingrid Roxana Baldetti Elias
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan