Skip to main content

Malaysia

Bekas Presiden Korea Selatan dibebaskan dalam kes salah guna kuasa berhubung pelantikan bekas duta

BACHOK, 27 Julai - Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Hanif Yusabra Yusof ditemui pemberita di Kampung Pauh Sembilan, di sini, hari ini. KPDN Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeleweng dan menyeludup 10,200 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai RM25,500 dalam serbuan di kampung itu, awal pagi tadi. Menerusi operasi Ops Tiris 4.0 Bersepadu pada 6.30 pagi itu, pihak penguat kuasa turut menyita sebuah lori tiga tan,_BERNAMA
Mahkamah memutuskan bahawa arahan Yoon untuk melantik Lee tidak boleh dianggap secara muktamad sebagai bertujuan untuk campur tangan dalam siasatan itu. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

SEOUL: Sebuah mahkamah di Seoul pada Jumaat membebaskan bekas Presiden Yoon Suk Yeol daripada pertuduhan membantu bekas menteri pertahanan mengelak siasatan jenayah dengan melantiknya sebagai duta ke Australia pada 2023, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul membuat keputusan itu selepas mendapati Yoon tidak bersalah atas beberapa pertuduhan yang dikemukakan oleh pasukan pendakwa raya khas Lee Myeong-hyeon, termasuk pertuduhan membantu seseorang melarikan diri bagi mengelak siasatan jenayah dan salah guna kuasa.

Pasukan itu sebelum ini memohon hukuman penjara lima tahun terhadap Yoon, dengan mendakwa beliau mengarahkan pelantikan bekas Menteri Pertahanan Lee Jong-sup sebagai duta ke Australia pada November 2023 bagi membantunya mengelak siasatan berhubung dakwaan menutup kes kematian seorang anggota Marin pada awal tahun berkenaan.

Pasukan itu berhujah bahawa Yoon cuba menghantar bekas menteri pertahanan berkenaan ke luar negara bagi menghalang siasatan itu daripada turut menjurus kepadanya. Lee berlepas ke Australia pada Mac 2024 tetapi kembali hanya beberapa hari kemudian susulan kontroversi berkenaan.

Mahkamah memutuskan bahawa arahan Yoon untuk melantik Lee tidak boleh dianggap secara muktamad sebagai bertujuan untuk campur tangan dalam siasatan itu.

Mahkamah menyatakan bahawa arahan itu boleh dilihat sebagai tindakan ketua negara yang menjalankan kuasanya dalam urusan pelantikan dan ia tidak boleh dianggap sebagai penggantian duta terdahulu dengan bekas menteri itu secara "terburu-buru".

-- BERNAMA-YONHAP

Must Watch Video

Advertisement