awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Sri Lanka, Rajapaksa akan kembali minggu depan - Laporan

Agensi
Agensi
17/08/2022
10:37 MYT
Bekas Presiden Sri Lanka, Rajapaksa akan kembali minggu depan - Laporan
Rajapaksa dilaporkan akan pulang ke Sri Lanka pada 24 Ogos. - Gambar fail/ Reuters
BEKAS Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ketika protes besar-besaran di negaranya pada Julai, dijangka pulang minggu depan.
Reuters yang memetik laporan media tempatan, Newsfirst pada Rabu, melaporkan bekas Duta Sri Lanka ke Rusia, Udayanga Weeratunga, yang mempunyai kaitan dengan Rajapaksa, memberitahu beliau akan tiba pada 24 Ogos.
Rajapaksa kini mendapatkan perlindungan sementara di Thailand, selepas melarikan diri dari Sri Lanka menaiki pesawat tentera ke Maldives dan kemudian menghabiskan beberapa minggu di Singapura.
Beliau yang meletak jawatan sejurus tiba di Singapura, berdepan kemarahan orang ramai susulan kegagalan kerajaannya menangani krisis ekonomi terburuk Sri Lanka sejak kemerdekaan daripada Britain pada 1948.
Rajapaksa tidak membuat sebarang penampilan awam atau memberi sebarang komen sejak meninggalkan Sri Lanka.
Buat masa ini, Rajapaksa atau Weeratunga belum dapat dihubungi untuk pengesahan, lapor Reuters.
Pengganti Rajapaksa, Ranil Wickremesinghe, yang bulan lalu mencadangkan Rajapaksa mengelak daripada kembali ke Sri Lanka dalam masa terdekat, juga belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkembangan ini.
"Saya tidak percaya sudah tiba masanya untuk dia kembali," kata Wickremesinghe kepada Wall Street Journal dalam satu temu bual pada 31 Julai.
Topic Berkaitan
#bekas presiden sri lanka
#Gotabaya Rajapaksa
#Rajapaksa pulang ke Sri Lanka
#Udayanga Weeratunga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan