PETALING JAYA: Seorang bekas ratu cantik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC), semalam.
Bagi pertuduhan pertama, Kohinoor Damodaran Kaittiani, 29, didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, Koperal Sharulafirin Sarmadan dengan menumbuknya di Jalan Universiti di sini pada 3 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kohinoor juga didakwa menggunakan dadah jenis THC di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada 2 petang, tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.
BACA: Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lau Chia Xin menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Kohinoor memohon jaminan rendah atas alasan perniagaan restoran anak guamnya ditutup berikutan penularan COVID-19.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah kemudian membenarkan Kohinoor diikat jamin RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM1,000 bagi pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 6 Okt depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, rakan Kohinoor, Quek Shen Tying, 33, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis sama pada 2.15 petang, pada tempat dan tarikh sama, mengikut akta sama.
Mahkamah membenarkan Quek diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Semalam, media melaporkan seorang wanita yang juga bekas ratu cantik ditahan selepas bertindak merempuh sekatan jalan raya dan menumbuk anggota polis dalam satu kejadian awal pagi di Lebuh Raya Persekutuan.
Bernama
Fri Jul 09 2021
Kohinoor didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dengan menumbuknya di Jalan Universiti, Kuala Lumpur. - Gambar/ Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Bekas ratu cantik terima gangguan seksual ratusan lelaki Bangladesh
Seorang ibu tunggal mendakwa berdepan gangguan seksual daripada lebih 200 lelaki warga Bangladesh selepas namanya dijadikan bahan gurauan oleh seorang kenalan dalam media sosial.
Dipecat kerana terlalu cantik? Bekas Ratu Romania kesal kelayakan dipertikai
Ardelean sebelum itu dilihat memuat naik fotonya di media sosial sebagai memperingati kejayaan tersebut pada tarikh 8 Februari.
Bekas ratu cantik didakwa tumbuk polis, guna dadah
Seorang bekas ratu cantik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC), semalam.
Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.