awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/07/2021
12:54 MYT
Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Hasil saringan awal ujian air kencing terhadap bekas ratu cantik itu dan rakannya mendapati mereka positif ganja. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis serta merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, kenderaan suspek tidak berhenti ketika pemeriksaan SJR di Lebuhraya Persekutuan dari ibu negara menghala Klang.
Katanya, suspek sebaliknya memecut kenderaan itu ke Jalan Universiti, di sini.
"Anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahan mereka di Jalan Universiti," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Katanya, wanita itu juga menumbuk anggota polis ketika ditahan.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin memberitahu, hasil saringan awal ujian air kencing terhadap suspek dan rakannya yang masing-masing berusia 20-an mendapati mereka positif ganja.
"Ujian pernafasan yang dilakukan juga mendapati terdapat kandungan alkohol tinggi dalam badan," ujarnya.
Kedua-dua suspek katanya, kini ditahan reman dua hari sehingga esok bagi siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#IPD Petaling Jaya
#bekas ratu cantik
#Sekatan Jalan Raya
#Lebuhraya Persekutuan
#tumbuk polis
#agresif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan