awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas setiausaha, bendahari UMNO cawangan Pulau Pinang ditahan SPRM

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/09/2022
09:02 MYT
Bekas setiausaha, bendahari UMNO cawangan Pulau Pinang ditahan SPRM
Kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: Bekas setiausaha dan bendahari UMNO cawangan di Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan menggunakan wang parti berjumlah lebih RM600,000 untuk kegunaan peribadi.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 59 dan 73 tahun itu dikeluarkan Majistret Rosnee Mohd Radzuan di Mahkamah Majistret George Town, bermula hari ini hingga 19 September depan.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.
Difahamkan, mereka ditahan SPRM Pulau Pinang semalam, selepas memberi keterangan berhubung aduan salah guna kuasa ketika memegang jawatan berkenaan beberapa tahun lalu.
Sumber berkata, kedua-dua mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan bersubahat dengan menggunakan kedudukan mereka sebagai setiausaha dan bendahari pada ketika itu untuk membuat pengeluaran wang yang mencurigakan daripada akaun bank milik UMNO.
Katanya, wang lebih RM600,000 terbabit dipercayai untuk kepentingan peribadi.
Kedua-dua suspek yang merupakan pengarah sebuah yayasan pendidikan di negeri ini diwakili peguam, Norhisham Shaidi.
Topic Berkaitan
#Umno Pulau Pinang
#SPRM
#bekas bendahari
#bekas setiausaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan