awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas syarikat cetak akhbar Harakah mohon batal rayuan Pas terhadap penghakiman terus

Bernama
Bernama
02/02/2024
09:15 MYT
Bekas syarikat cetak akhbar Harakah mohon batal rayuan Pas terhadap penghakiman terus
Pas memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Dis lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas syarikat pencetakan akhbar Harakah memohon untuk membatalkan rayuan Pas terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan syarikat itu memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan baki hutang sebanyak RM656,233.69 daripada parti berkenaan.
Berdasarkan notis permohonan difailkan pada 10 Jan lepas di Mahkamah Tinggi di sini yang diperoleh media, N.A.J Press Resources (M) Sdn Bhd mendakwa notis rayuan Pas terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 5 Dis tahun lepas mengaibkan, remeh, defektif serta suatu penyalahgunaan kuasa dan prosedur mahkamah.
PAS memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Dis lepas.
Sementara itu, peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Pas, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd selaku defendan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 4 April ini," katanya.
Pada 2 Okt tahun lepas, syarikat itu selaku plaintif memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman terus terhadap kesemua defendan.
Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui penghujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.
Permohonan itu dibuat antaranya atas alasan plaintif telah bersetuju untuk menerima pelantikan plaintif sebagai pencetak akhbar Harakah milik defendan-defendan selain mendakwa defendan gagal membayar baki bayaran RM656,233.69 bagi kerja-kerja mencetak akhbar berkenaan.
Namun, plaintif berkata defendan-defendan ada membuat sebahagian pembayaran berjumlah RM23,518.34 pada 31 Okt 2017 dan baki bayaran RM656,233.69 masih belum dibayar sehingga kini.
Dalam saman difailkan pada 11 Julai tahun lepas, plaintif menuntut defendan-defendan supaya membayar RM656,233.69 kepada syarikat itu dan mendakwa kesemua defendan mengakui berhutang dan berjanji untuk membayar hutang tersebut.
Menurut plaintif surat peringatan telah dihantar kepada Pas dan Harakah bertarikh 5 Ogos 2019 bagi menuntut baki bayaran hutang itu, namun sehingga kini hutang itu masih gagal dijelaskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas syarikat pencetakan akhbar
#Harakah
#PAS
#baki hutang
#penghakiman terus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan