Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Yazid Sufaat, telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Yazid, bersama-sama dengan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita yang telah ditangkap mengitkut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan.

"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," jelas Ismail yangturut menyatakan suspek ditahan di Kajang

Satu kenyataan organisasi bukan kerajaan Suaram mendakwa bahawa Yazid, 49, telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan baru oleh pihak polis pagi ini.

Apabila dihubungi Astro Awani untuk, Pengarah Unit Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter-Terorism) Bukit Aman Datuk Seri Muhamad Fuzi Harun mengesahkan penangkapan tiga orang tersebut.

Bagaimanapun, Fuzi enggan mendedahkan butiran lanjut, katanya: "Saya tidak boleh mendedahkan kenapa mereka ditangkap, dan saya tidak boleh bagitahu kenapa saya tidak boleh bagitahu anda."

Menurut kenyataan Suaram, Yazid, telah ditangkap bersama-sama dengan pekerja beliau Mohd Hilmi Hasim oleh pasukan polis dari Bukit Aman di kantin kompleks mahkamah Jalan Duta di sekitar 12:30 petang.

"Menurut pegawai penyiasat, Yazid dengan pekerjanya telah ditangkap di bawah Seksyen 4 (1) Akta untuk mempromosikan keganasan," tambah kenyataan itu.

Yazid, yang memiliki gerai di kompleks mahkamah telah ditahan di bawah ISA pada Disember 2001 dan dibebaskan tujuh tahun selepas itu. Yazid dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyah.

Kenyataan dari Suaram turut menyatakan yang Yazid kemudiannya telah dibawa ke rumahnya di Taman Bukit Ampang yang turut digeledah oleh pihak berkuasa.

Menurut peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri, polis telah menyatakan bahawa Yazid dan Hilmi akan ditahan mengikut Seksyen 5 (2) Akta yang sama yang membolehkan polis menahan akses peguam pada orang ditahan.

SOSMA yang diluluskan di Parlimen pada bulan Julai, adalah ganti bagi ISA.