awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik di media sosial

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/08/2021
04:09 MYT
Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik di media sosial
Sarajun Hoda Abdul Hassan yang didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya mengenai agama Islam di Facebook mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
TAIPING: Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa atas tuduhan membuat hantaran jelik mengenai agama Islam di media sosial, dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, pada April lalu.
Tertuduh, Sarajun Hoda Abdul Hassan, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan aplikasi Facebook atas namanya secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya mengenai agama Islam.
Dia didakwa melakukan kesalahan antara jam 9 pagi hingga 12.52 tengah hari , 26 April lalu yang dibaca di Nombor 15, Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya Parit Buntar, kira-kira jam 9 pagi, 27 April lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.
Sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin di samping perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis setiap 1 haribulan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail manakala tertuduh diwakili tiga peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, Abraham Au dan Manjit Singh Saini.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#media sosial
#Timbalan Pengerusi Bersih 2 0
#Sarajun Hoda Abdul Hassan
#hantaran jelik
#Facebook
#Mahkamah Sesyen Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan