awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Pengurus Ladang PPK didakwa minta suapan RM6,000

Bernama
Bernama
11/04/2023
05:24 MYT
Bekas Timbalan Pengurus Ladang PPK didakwa minta suapan RM6,000
Mohd Asyraf didakwa secara rasuah meminta wang daripada seorang lelaki warga tempatan sebagai dorongan untuk mendapatkan kerja-kerja pembersihan dan pembekalan anak benih tebu telur. - Foto SPRM
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta suapan wang berjumlah RM6,000 berkaitan Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Mohd Asyraf Mohd Fauzi, 36, didakwa secara rasuah meminta wang daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun sebagai dorongan untuk mendapatkan kerja-kerja pembersihan dan pembekalan anak benih tebu telur berkaitan Projek Dana Jaminan Makanan Tahun 2021: Projek Pertanian Organik Tebu Telur daripada PPK Sepang.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Kampung Giching, Sepang, dekat sini sekitar September 2021.
Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, Mohd Asyraf boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan.
Peguam Saleh Ahmad yang mewakili tertuduh, memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan dijalankan serta menanggung seorang isteri dan empat orang anak.
Hakim Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan semua permohonan syarat tambahan yang dimohon pendakwaan, selain menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertubuhan peladang kawasan
#Timbalan Pengurus Besar
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan