awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas warden penjara didakwa menyamar anggota polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/11/2021
03:10 MYT
Bekas warden penjara didakwa menyamar anggota polis
Zakwan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang bekas warden penjara didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atau tuduhan menyamar sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, minggu lepas.
Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azreen Liyana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa berpura-pura memegang sesuatu jawatan yang tertentu, sebagai seorang anggota polis, sedangkan dia tahu dia tidak memegang jawatan itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pekarangan Pejabat Cawangan Khas IPK Perak kira-kira jam 9.50 pagi, 18 Nov lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 21 Dis hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.
Topic Berkaitan
#bekas warden penjara
#menyamar polis
#Ipoh
#Pejabat Cawangan Khas IPK Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan