awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas wartawan FMT ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/01/2026
04:15 MYT
Bekas wartawan FMT ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas
Kumar berkata, siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, susulan tindakannya mengemukakan soalan kontroversi dalam satu wacana awam baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar berkata, setakat ini tiga laporan polis diterima berhubung isu berkenaan, yang mencerminkan kegusaran orang awam terhadap kandungan video berkenaan yang tular di media sosial.
Menurut beliau, penahanan bekas wartawan berusia 30 tahun itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video membabitkan satu sesi wacana terbuka yang menyentuh isu Palestin serta perbandingan keadaan perkauman di Malaysia.
"Dalam forum bertajuk Gaza Exposes the Complicity of International Actors itu, suspek didakwa mengemukakan pertanyaan kepada George Galloway, seorang ahli politik dari United Kingdom," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Kumar berkata, siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dipercayai menimbulkan hasutan serta permusuhan dalam kalangan masyarakat.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam, termasuk di media sosial,” katanya.
Terdahulu, susulan kecaman meluas di media sosial, Tan tampil memohon maaf secara terbuka dengan menyifatkan soalan yang dikemukakannya sebagai 'tidak disusun dengan baik'.
Dia turut mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan itu dengan wacana berkenaan serta mengemukakannya tanpa pertimbangan mencukupi terhadap sensitiviti isu terbabit.
Sementara itu, Majlis Media Malaysia sebelum ini mengecam sebarang bentuk perbuatan doxing, gangguan dan ugutan terhadap wartawan susulan kecaman terhadap Tan.
FMT turut mengeluarkan permohonan maaf dengan menyatakan pihaknya tidak mengetahui hasrat wartawan berkenaan untuk mengemukakan soalan itu serta tidak menyokong kenyataan terbabit.
Tan dilaporkan meletakkan jawatan pada pagi Jumaat sebelum ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#bekas wartawan FMT
#ditahan polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan