awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas wartawan, pemenang Anugerah Kajai derita radang paru-paru

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2023
23:15 MYT
Bekas wartawan, pemenang Anugerah Kajai derita radang paru-paru
Wanti kini terlantar selepas disahkan menghidapi penyakit radang paru-paru sejak lebih sebulan yang lalu. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM : Bekas wartawan yang juga pemenang Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat penyakit radang paru-paru.
Rakannya, Fatihah Zakinan, 35, berkata, Wanti tidak mempunyai penjaga setakat ini dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.
Menurutnya, Wanti juga tiada pendapatan selepas terpaksa berhenti kerja.
“Keadaan Wanti agak lemah dan perlu dipantau setiap hari.
“Saya dan rakan yang lain menguruskannya diri Wanti sejak dia jatuh sakit,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambahnya, Wanti juga memerlukan sedikit sumbangan bagi membolehkan beliau menyambung rawatan di hospital.
“Saya memohon rakan-rakan yang mengenali Wanti agar dapat mengadakan solat hajat supaya beliau kembali sembuh,” ujarnya
Difahamkan sebelum ini Wanti dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19.
Sejak itu, tahap kesihatannya mula merosot dan sering menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom Covid berpanjangan.
Selain pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Wanti merupakan bekas wartawan Berita Harian dan Media Variasi serta bekas pemenang Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institute (MPI).
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun RHB Bank Wan Noor Hayati, 16260700052758, atau hubungi Yuyu@Fathihah di talian 017-287 8972. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemenang Anugerah Kajai
#bekas wartawan
#Wan Noor Hayati Wan Alias
#radang paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan