KUALA LUMPUR: Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bekerja dari rumah mampu meningkatkan produktiviti.
Situasi sama dikatakan berlaku di Malaysia, dengan anggaran peningkatan kira-kira lima peratus.
Justeru majikan dan perusahaan perlu mengambil kesempatan untuk mengadaptasi dengan norma baharu ini, sekaligus mendapat manfaatnya.
"Bekerja dari rumah, majikan boleh jimatkan banyak kos. Contohnya ruang pejabat, mungkin sudah tidak diperlukan lagi atau sewa ruang yang lebih kecil. Begitu juga kos bil utiliti seperti elektrik.
"Bekerja dari rumah juga membolehkan majikan menggaji pekerja dari serata dunia, jadi mereka ada pool of talent untuk menggerakkan perusahaan dan memajukan perniagaan," kata Pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Di pihak pekerja pula, produktiviti akan meningkat kerana faktor pengurusan masa yang lebih baik.
"Tak perlu lagi buang masa dalam kenderaan, tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
"Ini akan menjadikan pekerja lebih fokus," ujarnya.
Namun untuk mencapai situasi seperti ini, sangat penting untuk majikan dan pekerja saling mempercayai dan meletakkan keyakinan antara satu sama lain.
"Dahulunya mungkin bekerja kena tunjuk muka depan bos. Tetapi sekarang tidak lagi. Jadi di sinilah perlunya kepercayaan.
"Caranya dengan melakukan tugasan dengan baik. Siapkan tugasan pada masa yang ditetapkan.
"Selain itu, baik majikan atau pekerja, perlu mula memberi fokus kepada kesihatan mental.
"Pekerja dan majikan tidak bersemuka, jadi perlu sentiasa memantau kesihatan mental sendiri bagi memastikan masing-masing boleh terus memberi sumbangan kepada syarikat," katanya lagi.
Astro Awani
Sun Apr 25 2021
Majikan dan perusahaan perlu mengambil kesempatan untuk mengadaptasi dengan norma baharu ini, sekaligus mendapat manfaatnya.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.
Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.
Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN
Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.
KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan
Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan empat pendekatan.
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri
Menerusi arahan Bekerja Dari Rumah, Ismail Sabri berkata, ia berkemungkinan dapat membantu menjayakan usaha memutuskan pandemik COVID-19.
WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus.
Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.
Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam
Mohd Zuki berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.